Mesyuarat Agung Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Cabang Kerian sesi 2010-2012 telah diadakan di Dewan SK Wawasan, Parit Buntar pada 12 Mei 2010. Seramai kira-kira 80 ahli perwakilan mewakili Unit Link, Unit Belia, Unit Sukarela (VAD) serta ahli-ahli BSMM Cabang Kerian telah hadir pada mesyuarat agung ( AGM ) tersebut. Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, En. Mat Lazim bin Idris. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pegawai BSMM Cawangan Perak iaitu, Ybhg. Tuan Haji Mohd Adnan bin Haji Md. Hashim dan Setiausaha Cawangan En. Chua Teik Wei.
Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah melantik semua ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2010-2012 bagi menggantikan ahli jawatankuasa yang lama. Ybhg. Dato` Haji Ahmad Shariffudin bin A. Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi BSMM Cabang Kerian yang baru bagi menggantikan allahyarham Dato` Seri Mohd Zulkifli bin Mohd Khusairi yang telah meninggal dunia. Seramai 18 orang ahli jawatankuasa BSMM Cabang Kerian yang baru telah dilantik pada hari terbut Dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru ini, adalah diharapkan aktiviti BSMM di Daerah Kerian akan dapat diaktifkan semula baik bagi unit kanak-kanak, belia dan sukarela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan