Seramai 3 orang pegawai BSMM Cabang Kerian yang di ketuai oleh Tuan Haji Jamaludin bin Haji Jali ( Setiausaha cabang ) bersama-sama En. Zainordin bin Ismail ( Pengerusi Bencana Alam /Jurulatih ) dan En. Faisal bin Mohd Japeri ( Pengerusi Latihan Tenaga Manusia / Jurulatih ) telah mengadakan ceramah di segi teori dan praktikal mengenai ` Kemalangan di Tempat Kerja `bertempat di Pusat Giat Mara, Bagan Serai pada 14 Julai 2010.
Seramai 65 orang peserta termasuk pegawai dan kakitangan Pusat Giat Mara telah terlibat dalam program tersebut. Di antara pengisian program adalah ;
- Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di pelbagai peringkat
- Penerangan mengenai Kemalangan di tempat Kerja , punca dan akibat serta pencegahannya
- Asas Pertolongan Cemas , CPR di segi teori dan praktikal
Kesimpulannya , program tersebut amat berjaya dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta di segi mengelakkan kemalangan di tempat kerja yang bersesuaian dengan aktiviti harian mereka di pusat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan