Seramai 67 orang murid dan guru SK Dato` Mas`ud, Bagan Serai, telah terlibat dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas ( teori dan praktikal ) anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut di Dewan SK Dato` Mas`ud, Bagan Serai. Seorang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu En.Yusairi bin Othman ( Pegawai Penjaga Kanak-Kanak ) telah menyampaikan ceramah dan praktikal dalam kursus tersebut. Program tersebut telah diadakan pada 14 Julai 2010. Di antara kandungan kursus yang telah disampaikan ialah ;
- Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah rendah
- Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
- CPR di segi teori dan praktikal asas
- Asas Kawad Kaki ( teori & praktikal )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan