20110118

8th BSMM DAY AND THE GLORIOUS NIGHT 2010 ANJURAN VAD ( 50 ) SMJK KERIAN , PARIT BUNTAR

VAD (50) SMK Kerian , Parit Buntar telah mengadakan 8th BSMM Day and The Glorious Night 2010 pada 17 hingga 19 Disember 2010 di Dewan Chin Boon Kok , Parit Buntar . Peserta yang hadir dan mengambil bahagian tahun ini adalah daripada Pulau Pinang , Kedah dan Perak . Seramai kira-kira 150 ahli BSMM telah terlibat dalam program tersebut. BSMM Cabang Kerian telah menghantar 6 orang ahli jawatankuasa sebagai hakim pertandingan dan juga sebagai tetamu yang di ketuai oleh Hj. Jamaludin bin Hj. Jali yang juga selaku Setiausaha BSMM Cabang Kerian. Pegawai BSMM Cawangan Perak diwakili oleh En. Chua Teik Wei ( Setiausaha ) dan beberapa orang ahli jawatankuasa Cabang Ipoh juga turut hadir. Selain pertandingan , mereka juga telah mempersembahkan kebolehan masing-masing dalam acara kebudayaan.

KEM KEPIMPINAN JPN-BSMM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2010

Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah daripada 3 buah sekolah di Daerah Kerian , iaitu SK Dato` Mas`ud , Bagan Serai ( 4 pelajar ) SK Bagan Serai, Bagan Serai ( 2 pelajar ) dan SK Methodist , Parit Buntar ( 4 pelajar ) telah menyertai Kem Kepimpinan anjuran Jabatan Pelajaran Perak dengan Kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak. Kem tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah, Batu Gajah pada 8-10 Oktober 2010. Kem tersebut turut disertai oleh semua unit beruniform sekolah rendah dalam negeri Perak. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan, pertandingan-pertandingan seperti kawad kaki, pertolongan cemas , ikatan dan lain-lain. Pegawai Penjaga Kanak-Kanak BSMM Daerah Kerian , En. Yusairi bin Othman turut serta dalam program tersebut. Kem tersebut telah berjalan dengan jayanya hingga akhir.

SUMBANGAN HARI RAYA BAGI GOLONGAN MISKIN DAERAH KERIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010M , Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Perak dengan kerjasama BSMM Cabang Kerian telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan dan wang raya kepada sejumlah 40 orang miskin di Daerah Kerian . Penerima adalah golongan miskin mengikut yang di kategorikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kerian daripada kawasan Parit Buntar, Bagan Serai,Kuala Kurau dan Semanggol. Program tersebut telah diadakan bermula 30 Ogos 2010 sehingga 5 September 2010.

Program ini di ketuai oleh Pengarah BSMM Cawangan Perak iaitu Dato` Haji Roshidi bin haji Hashim yang juga Dato` Bandar Ipoh dan disertai oleh Pengerusi BSMM Cabang Kerian, Dato` Haji Ahmad Shariffudin bin A. Aziz. Turut sama dalam program tersebut adalah seramai 6 pegawai-pegawai daripada BSMM Cawangan Perak dan 10 orang ahli jawatankuasa BSMM Cabang Kerian termasuk Tmbalan Pengerusi dan Setiausaha.

BSMM Cabang Kerian ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada BSMM Cawangan Perak kerana telah memilih Daerah Kerian sebagai tempat untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

CERAMAH TEORI DAN PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SK SUNGAI MEGAT ARIS, TANJUNG PIANDANG

Seramai 30 orang murid dan 6 orang guru SK Sungai Megat Aris , Tanjung Piandang telah terlibat dalam program teori dan praktikal anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut . Seramai 4 orang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu Haji Jamaludin bin Haji Jali ( Setiausaha ) , En. Ahmad bin Salleh ( Pegawai Penjaga VAD ) , En. Zainordin bin Ismail ( Pegawai Bencana Alam ) dan En. Faisal bin Mohd Japeri ( Pegawai Latihan Tenaga Manusia ) telah hadir sebagai tenaga pengajar . Program tersebut telah diadakan pada 6 Ogos 2010. Di antara kandungan ceramah yang telah disampaikan ialah;
  • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah rendah
  • Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
  • CPR di segi teori dan praktikal

    CERAMAH TEORI DAN PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, PARIT BUNTAR

    Seramai 110 orang guru SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar telah terlibat dalam program teori dan praktikal anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut . Seramai 3 orang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu En. Ahmad bin Salleh ( Pegawai Penjaga VAD ) , En. Zainordin bin Ismail ( Pegawai Bencana Alam ) dan En. Faisal bin Mohd Japeri ( Pegawai Latihan Tenaga Manusia ) telah bertindak sebagai Jurulatih . Program tersebut telah diadakan pada 31 Julai 2010. Di antara kandungan ceramah yang telah disampaikan ialah ;
    • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah menengah
    • Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
    • CPR di segi teori dan praktikal
    • Kawad kaki

    KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS , TEORI & PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SK DATO` MAS`UD, BAGAN SERAI

    Seramai 67 orang murid dan guru SK Dato` Mas`ud, Bagan Serai, telah terlibat dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas ( teori dan praktikal ) anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut di Dewan SK Dato` Mas`ud, Bagan Serai. Seorang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu En.Yusairi bin Othman ( Pegawai Penjaga Kanak-Kanak ) telah menyampaikan ceramah dan praktikal dalam kursus tersebut. Program tersebut telah diadakan pada 14 Julai 2010. Di antara kandungan kursus yang telah disampaikan ialah ;
    • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah rendah
    • Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
    • CPR di segi teori dan praktikal asas
    • Asas Kawad Kaki ( teori & praktikal )

    CERAMAH TEORI DAN PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI PUSAT GIAT MARA, BAGAN SERAI


    Seramai 3 orang pegawai BSMM Cabang Kerian yang di ketuai oleh Tuan Haji Jamaludin bin Haji Jali ( Setiausaha cabang ) bersama-sama En. Zainordin bin Ismail ( Pengerusi Bencana Alam /Jurulatih ) dan En. Faisal bin Mohd Japeri ( Pengerusi Latihan Tenaga Manusia / Jurulatih ) telah mengadakan ceramah di segi teori dan praktikal mengenai ` Kemalangan di Tempat Kerja `bertempat di Pusat Giat Mara, Bagan Serai pada 14 Julai 2010.


    Seramai 65 orang peserta termasuk pegawai dan kakitangan Pusat Giat Mara telah terlibat dalam program tersebut. Di antara pengisian program adalah ;
    • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di pelbagai peringkat
    • Penerangan mengenai Kemalangan di tempat Kerja , punca dan akibat serta pencegahannya
    • Asas Pertolongan Cemas , CPR di segi teori dan praktikal

    Kesimpulannya , program tersebut amat berjaya dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta di segi mengelakkan kemalangan di tempat kerja yang bersesuaian dengan aktiviti harian mereka di pusat tersebut.

    KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS , TEORI & PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SK TELOK MEDAN, BAGAN SERAI

    Seramai 45 orang murid dan guru SK Telok Medan, Bagan Serai, telah terlibat dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas ( teori dan praktikal ) anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut di Dewan SK Telok Medan, Bagan Serai. Seorang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu En.Yusairi bin Othman ( Pegawai Penjaga Kanak-Kanak ) telah bertindak sebagai Fasilitator dalam kursus tersebut. Program tersebut telah diadakan pada 7 Julai 2010. Di antara kandungan kursus yang telah disampaikan ialah ;
    • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah rendah
    • Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
    • CPR di segi teori dan praktikal asas

    JAMBORI PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA 2010 ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Seramai 15 orang pelajar Sekolah Menengah dari Daerah Kerian dan seorang Pegawai , En. Yusairi bin Othman telah terlibat dalam Jambori Persahabatan Antarabangsa Malaysia 2010 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Jambori tersebut telah diadakan di Kem Mutiara, Pusat Kokurikulum JPN, Pulau Pinang pada 25-30 Jun 2010. Jambori tersebut telah diadakan secara bergilir-gilir antara Malaysia dan Thailand pada setiap tahun.Pengisian program tersebut adalah seperti perkhemahan, teori dan praktikal , kawad dan beberapa pertandingan antara unit-unit beruniform yang terlibat.

    KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS , TEORI & PRAKTIKAL BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SK JALAN BAHARU, PARIT BUNTAR

    Seramai 50 orang murid dan guru SK Jalan Baharu, Parit Buntar telah terlibat dalam Kursus Pertolongan Cemas Asas ( teori dan praktikal ) anjuran bersama BSMM Cabang Kerian dan sekolah tersebut DI Dewan SK Jalan Baharu , Parit Buntar . Seorang pegawai BSMM Cabang Kerian , iaitu En.Yusairi bin Othman ( Pegawai Penjaga Kanak-Kanak ) telah bertindak sebagai Fasilitator dalam kursus tersebut. Program tersebut telah diadakan pada Mei 2010. Di antara kandungan kursus yang telah disampaikan ialah ;
    • Pengurusan dan Pentadbiran BSMM di sekolah rendah
    • Teori dan praktikal asas Pertolongan Cemas
    • CPR di segi teori dan praktikal asas

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ( BSMM ) CABANG KERIAN 2010-2012

    Mesyuarat Agung Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM ) Cabang Kerian sesi 2010-2012 telah diadakan di Dewan SK Wawasan, Parit Buntar pada 12 Mei 2010. Seramai kira-kira 80 ahli perwakilan mewakili Unit Link, Unit Belia, Unit Sukarela (VAD) serta ahli-ahli BSMM Cabang Kerian telah hadir pada mesyuarat agung ( AGM ) tersebut. Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, En. Mat Lazim bin Idris. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pegawai BSMM Cawangan Perak iaitu, Ybhg. Tuan Haji Mohd Adnan bin Haji Md. Hashim dan Setiausaha Cawangan En. Chua Teik Wei.

    Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah melantik semua ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2010-2012 bagi menggantikan ahli jawatankuasa yang lama. Ybhg. Dato` Haji Ahmad Shariffudin bin A. Aziz telah dilantik sebagai Pengerusi BSMM Cabang Kerian yang baru bagi menggantikan allahyarham Dato` Seri Mohd Zulkifli bin Mohd Khusairi yang telah meninggal dunia. Seramai 18 orang ahli jawatankuasa BSMM Cabang Kerian yang baru telah dilantik pada hari terbut Dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru ini, adalah diharapkan aktiviti BSMM di Daerah Kerian akan dapat diaktifkan semula baik bagi unit kanak-kanak, belia dan sukarela.